Tuesday 11 September 2012

MODUL CARA PENGGUNAAN EMAIL


Pengenalan

Pendaftaran Akaun Email
1. Taipkan alamat yahoo di bar alamat ; http://malaysia.yahoo.com
2. Klik pada Sign Up untuk mendaftarkan akaun email yang baru
3. Paparan borang pendaftaran email baru akan dipaparkan. Lengkapkan maklumat pendaftaran email yang diperlukan. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

a. Butiran Peribadi
i. Nama
ii. Jantina
iii. Tarikh Lahir
iv. Negara
v. Poskod
b. Pilihan ID dan kata laluan
i. ID dan Emel Yahoo
ii. Kata laluan
iii. Pengesahan kata laluan
c. Pendaftaran email alternatif

5. Klik pada Buat Akaun Saya untuk meneruskan proses pendaftaran akaun emel yang baru
Daftar Masuk Ke Akaun Email

1. Taipkan alamat yahoo di bar alamat ; http://www.yahoo.com
2. Klik pada Sign In untuk mendaftar masuk ke akaun email
3. Masukkan ID Yahoo dan Kata laluan anda
4. Setelah itu, klik butang Daftar Masuk untuk meneruskan proses pendaftaran log masuk ke akaun emel anda

Baca dan Balas Emel
1. Setelah anda telah berjaya daftar masuk ke akaun emel, klik pada Peti Masuk untuk melihat paparan emel yang ada dalam peti masuk anda
2. Senarai emel yang ada dalam peti masuk anda akan dipaparkan pada kotak sebelah kanan menu
3. Pilih emel yang hendak dibaca dengan dwi‐klik pada emel tersebut

sekian...itulah cara-cara penggunaan email ....


 

5 enjin pencarian yang selalu digunakan

http:/www.cari.com/
http:/mylisting.com/
http:/newmalaysia.com/
http:/www.yahoo.com/
http:/www.msn.com/

Google
Enjin carian yang saya pilih, dan gemar menggunakan dalam carian di internet ialah Google ini kerana beberapa sebab :

 Kelebihan Menggunakan Google

1. Carian ke atas kelompok sumber yang sangat besar
Mampu mengesan maklumat yang diperlukan dan member keputusan carian dengan jumlah carian yang sangat besar. Dikatakan mampu mengesan lebih daripada 8 bilion laman web.

2. Carian relevan dengan apa yang dikehendaki
Lazimnya memberi keputusan yang sangat relevan dengan pertanyaan dibuat. Hasil carian yang diperlukan berada di kedudukan yang teratas atau di mukasurat pertama senarai keputusan carian.

3. Carian boleh dilakukan secara spesifik
Carian secara spesifik dengan menggunakan peraturan-peraturan khas dengan menggunakan google print, google scholar atau advenced search. Hasil carian adalah lebih jitu dan menjimatkan masa.

4. Laman boleh diubahsuai
Boleh diubah mengikut keselesaan pengguna. Bahasa antaramuka, bilangan hasil carian dalam sesuatu mukasurat dan tapisan hasil carian antar yang boleh dibuat untuk pengubahsuaian.

5. Mudah untuk menilai hasil carian
Hasil carian disertakan dengan pelbagai maklumat lain yang membantu pengguna menilai hasil carian. Contohnya seperti snippet iaitu penerangan ringkas hasil carian dan saiz muka surat hasil carian yang membolehkan pengguna mengagak atau mendapat gambaran tentang isis kandungan hasil carian.


Friday 27 July 2012

MICROSOFT OFFICE 2007
TUGASAN: CARA MEMASUKKAN SUARA KE DALAM POWERPOINT

Dua peralatan diperlukan untuk memasukkan suara atau muzik ke dalam Powerpoint
·         Mikrofon
·         File muzik ( Format WAV )
       Pada MENU BAR terdapat menu yang diberikan nama INSERT. Tekan butang INSERT dan seterusnya pergi ke bahagian MEDIA CLIP. Tekan butang SOUND, Menu list akan keluar,
Terdapat beberapa cara untuk memasukkan bunyi ke dalam powerpoint.

CARA PERTAMA
            Sound from file, ianya mengandungi bunyi atau lagu yang telah tersimpan dalam computer atau data bunyi yang terdapat dalam storan. Format baginya adalah (wav). Seterusnya tekan butang Sound from file kemudian pilih file dan tekan OK. Setelah itu Menu pertanyaan akan keluar dan akan tertera cara bunyi itu akan muncul di dalam powerpoint, aka nada dua pilihan iaitu pilih automatically atau when clicked. Menu automatically akan memasukkan lagu secara automatic manakala apabila klikkan when clicked akan keluar bunyi apabila ditekan.

CARA KEDUA
           Sound From Clip Organizer, ianya merupakan penggunaan bunyi yang telah tersimpan di dalam computer ataupun sebarang data bunyi yang telah tersimpan di dalam storan. Format baginya adalah (wav). Seterusnya tekan butang Sound From Clip Organizer kemudian menu clip Art akan keluar, pilih file bunyi yang telah tersimpan dalam Microsoft Office data dan tekan ok. Seperti biasa menu pertanyaan akan keluar, pilih Automatically atau when clicked. Menu automatically akan memasukkan lagu secara automatic manakala when clicked akan memainkan bunyi apabila ditekan.

CARA KETIGA
            Play CD Audio Track adalah penggunaan bunyi atau lagu yang telah tersimpan dalam CD, format baginya adalah (mp3). Seterusnya tekan butang Play CD Audio Track kemudian menu Insert CD Audio akan keluar, seterusnya set kan track lagu yang ingin dimainkan dan tekan ok, menu pertanyaan akan keluar dan harus memilih cara bunyi itu akan keluar, pilih automatically atau when clicked akan memainkan bunyi apabila ditekan.

CARA KEEMPAT
            Record Sound, adalah penggunaan rakaman bunyi atau lagu yang dibuat atau dirakam dengan menggunakan microfon. Format bagi bunyi ini adalah ( mp3 ). Seterusnya tekan butang record sound kemudian tekan butang bulat, yang bernama record dan kemudian rakam suara menggunakan microfon dan tekan ok. Akhirnya menu pertanyaan akan keluar, pilih automatically atau when clicked akan memainkan bunyi apabila ditekan.

JENIS FORMAT GAMBAR

* BMP  - Microsoft Windows bitmap
* DIB    - Microsoft Windows Device Independent Bitmap
* EPI    - Adobe Encapsulated PostScript Interchange format
* EPS   - Adobe Encapsulated PostScript
* GIF    - CompuServe Graphics Interchange Format
* JPC    - JPEG-2000 Code Stream Syntax
* JPEG - Joint Photographic Experts Group JFIF format
* PCD   - Photo CD
* PCX   - IBM PC Paintbrush file
* PDB   - Palm Database ImageViewer Format
* PDF   - Portable Document Format
* PGM  - Portable graymap format (gray scale)
* PICT  - Apple Macintosh QuickDraw/PICT file
* PNG  - Portable Network Graphics
* PSD  - Adobe Photoshop bitmap file
* SVG  - Scalable Vector Graphics
* TGA  - Truevision Targa image

JENIS FORMAT VIDEO


            File AVI ini menyimpan data audio dan video pada struktur interleaved, dan data video dapat disimpan menggunakan codec, kualiti dan kapasiti tergantung pada codec dan cesara khusus menggunakan MPEG, DIVX,WMV

            MPEG adalah format compress yang diseragamkan oleh moving picture experts group, ukuran format mpeg adalah lebih kecil dari ukuran format AVI.

3GP ( 3GPP Format File ) 3Gp adalah sebuah multimedia container format yang ditetapkan oleh Third Generation Partnership Project untuk 3G UMTS jasa multimedia. Yang digunakan di 3G ponsel, tetapi juga dapat dimainkan pada beberapa 2G dan 4G. Ukuran-nya pun lebih kecil dari pada AVI dan MPEG.

FLV ( Flash Video ) FLV adalah sebuah wadah format file yang digunakan untuk mengirimkan video melalui internet mengunakan Adobe Flash Player. Awal oleh Macromedia versi 6-10. Konten video flash juga tertanam di dalam SWF file. Ada dua format file video yang berbeza didefinisikan oleh Adobe System dan didukung dalam Adobe Flash Player. Audio dan Video FLV data dalam di encode dalam cara yang sama ketika mereka berada dalam file SWF. Yang terakhir format file F4V didasarkan pada basis ISO format file media dan didukung dimulai dengan Flash Player 9 Update 3. Format FLV memiliki ukuran yang lebih kecil dari AVI dan MOV, tetapi lebih besr dari format SWF dan MPEG.
SWF SWF berdiri untuk " Small Web Format " kemudian berubah menjadi " Shockwave Flash " oleh Macromedia, kemudian kembali berubah kembali ke Small Web Format ketika perusahaan memilih untuk terbuka repositori untuk multimedia dan terutama untuk vector graphics, berasal dari Future Wave Software dan telah datang di bawah kendali Adobe. Dimaksudkan untuk menjadi cukup kecil untuk dipublikasikan di Web, SWF file dapat berisi animasi atau applet dari berbagai tingkat interaktif dan fungsi. Format SWF memiliki ukuran sedang, kira - kira setengah ukuran AVI.
MOV format video merupakan wadah video forma  QuickTime. MOV format video yang dibuat oleh Apple Computer untuk membuat, mengedit, menerbitkan, dan melihat file multimedia. MOV format file video dapat berisi video, animasi, grafis, 3D dan virtual
JENIS FORMAT LAGU
            MPEG Layer 3, atau lebih dikenali sebagai mp3 ialah satu format audio file yang dibentuk dengan cara memampatkan wave file dengan nisbah 12:1, tanpa mengurangkan kualiti audio file, dengan menggunakan ayat yang mudah, satu file wav akan dikecilkan 12 kali ganda dan hasilnya ialah fail mp3.
            WMA atau Window Media Audio, merupakan format audio yang dikembangkan oleh Microsoft sebagai saingan dari format MP3.
            AAC (Advanced Audio Coding ) merupakan format kompresi audio yang digunakan oleh Apple, ipod, iphone, itunes. Namun kini handphone keluaran terbaru pun telah banyak yang mendukung format file AAC ini.
            PCM ( Pulse Code Modulation ) juga dikenal sebagai linear PCM adah standart untuk format CD Audio. Fornat PCM ini mempunyai ukuran file yang cukup besar bila dibandingkan dengan format MP3.
            WAV atau Waveform, File audio WAV mirip PCM, File WAV juga hampir dengan file AIFF iaitu file Audio yang computer Mac. Format WAV banyak digunakan oleh handphone, sehingga penggunaannya menyamai file MP3.

Sunday 8 July 2012

Assalammualikum dan selamat sejahtera, pada petang yang indah ini.. saya telah menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
1. apa kepentingan internet terhadap seorang guru juga dinyatakan faktor positif dan negatif.
2. CASPER
3. Model Assure
PRINSIP CASPER
PERSEMBAHAN ELEKTRONIK Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dgn menggabungkan unsur animasi,grafik,audio,video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan

Persembahan Elektronik
· Media untuk menyampaikan maklumat

Kegunaan dan kelebihan persembahan elektronik
· menggabungkan unsur multimedia(grafik,animasi,audio,video dsb)
· menjimatkan masa
· mesra pengguna
· Interaktif


Reka Letak
· Ilmu atau kemahiran yg digunakan utk meletakkan dan menyusun media pd paparan bg membentuk persembahan yg menarik

Prinsip Reka Letak CASPER
· Panduan menyusun media spt teks,grafik,animasi dan video pd sesuatu persembahan yg dpt merangsang perhatian dan minat penonton

C – Contrast(Perbezaan yg ketara)
· Perbezaan antara dua objek,pembangun perisian perlulah memilih warna yg kontra

A – Alignment(Susunan lurus)
· Setiap item yg hendak diletakkan dlm muka perisian perlulah seimbang dgn muka perisian spy kelihatan menarik

S – Simplicity(Mudah)
· Grafik dan animasi perlulah ringkas dan dpt merangsangkan pengguna memahami maksud yg disampaikan

P – Proximity(Berhampiran)
· Item yg digunakan dlm muka perisian perlulah dikumpulkan pd satu kawasan, supaya nampak keseimbangan yg wujud antara item

E – Emphasis(Penakanan)
· Memberi penekanan kepada perkara yg dirasakan penting

R – Repetition(Pengulangan)
· Terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dpt mentafsir dan memahami dgn mudah arahan yg diberikan oleh perisian. Pengulangan akan membantu pemahaman pengguna

5 unsur persembahan elektronik
· Kandungan elemen seni
· Keperluan persembahan
· Golongan Sasaran
· Lokasi Persembahan
· Mesej perlu tepat


Papan Cerita
· Adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yg digunakan dlm aplikasi perisian multimedia

Kelebihan Papan Cerita
· Membolehkan pembangun perisian mencambahkan minda dan idea
· Merancang reka bentuk muka perisian di peringkat awal
· Menzahirkan idea sebelum dipindahkan di atas paparan komputer
· Merancang dan mengaplikasikan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dgn mudah
· Segala perubahan dpt dilakukan dgn mudah
· Menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian
· Mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yg penting
· Mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian

Elemen yg diambil kira ketika membina papan cerita
· Warna latar belakang
· Jenis font
· Saiz huruf
· Warna huruf
· Format gambar
· Format video
· Format audio
· Format animasi

Integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran
a. Alat Bantu Belajar
· Persembahan
· Tunjuk ajar

b. Alat Bantu Belajar
· Tuturiol-penerangan,demonstrasi/latihan
· Penerokaan-mencari & mengakses maklumat
· Aplikasi- alat aplikasi(alat membantu murid
melaksanakan tugas dlm
pembelajaran)



Kelebihan Persembahan Elektronik
Motivasi
· Dpt memotivasikan murid dlm pembelajaran.bermotivasi utk belajar dgn menggunakan medium yg baru
Menarik
· Mengaplikasikan kesemua unsur multimedia dpt menarikperhatian pengguna
Mesra Pengguna
· Ikon yg digunakan dlm pembinaan persembahan elektronik mudah difahami.Arahan tidak mengelirukan
Interaktif
· Dpt membenarkan keadaan pembelajaran yg aktif

Kelemahan Persembahan Elektronik
· Alatan yang mahal
· Alatan yg sensitif
· Masa pembinaan

PERANAN KOMPUTER DAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.

Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan.

Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.

INTEGRASI INTERNET DALAM PENDIDIKAN

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:

· E – mail (Mel Eletronik)
· Laman Web (WWW)
· Internet Relay Chat (IRC)
· Telnet
· Kumpulan Diskusi dan Berita
· File Transfer Protocal (FTP)

Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):
Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):
Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi

KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET DI DALAM P&P
Adalah tidak dapat di nafikan bahawa suatu perkara atau benda itu memang terdapat pro dan kontra. Begitu juga Internet, ada kebaikan dan ada juga keburukannya. Keburukan didalam Internet yang jelas dan nyata adalah seperti berikut:
a. Senang untuk mendapatkan bahan-bahan berunsur lucah seperti gambar,
dan video clip. Ini boleh mendorong kepada perbuatan maksiat dan menyalahi hukum agama dan undang-undang negara.
b. Chating atau borak di dalam Internet yang terlalu lama tanpa faedah akan menyebabkan bil telefon meningkat.
c. Penyebaran maklumat yang berunsur negatif kepada sesiapa sahaja melalui emel atau laman web.
        Walaubagaimana pun mengikut pendapat pakar kaji selidik tentang penggunaan Internet ini, adalah didapati keburukan di dalam Internet ini hanya meliputi 5% sahaja daripada keseluruhan keupayaan Internet.
        Walau apa pun kebaikan atau keburukan Internet ini, terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih atau menilaikannya. Sebagai contoh, dalam rumah kita sendiri ada pisau. Pisau tersebut biasanya kita gunakan untuk memotong buah, daging dan sebagainya, dengan kata lain kita gunakan untuk kebaikan. Kita juga boleh menggunakan pisau tadi untuk memotong sesiapa sahaja didalam rumah kita dengan kata lain kita gunakan untuk keburukan. Pilihlah yang mana baik dan yang mana buruk. Pada saya ia bukan sahaja baik dan buruk tetapi ia telah mengajar saya lebih dewasa.
1) Akses kepada peralatan computer, peralatan teknologi serta capaian kepada rangkaian internet mungkin menjadi satu masalah kepada pelajar terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar.

2) Kadar kelajuan internet yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat melihat semua paparan pada sebuah web pelajarana seperti paparan grafik, ikej, dan video clip. Ini menyukarkan capaian kepada isi pelajaran yang disampaikan.

3) Memerlukan infrastruktur yang mencukupi dilengkapi dengan peralatan computer dan ini memerlukan kos yang tinggi.

Model Assure


Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.

Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.
Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat.

Peringkat-peringkat berkenaan adalah
  1. Tarik perhatian pelajar.
  2. Beritahu objektif pembelajaran.
  3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
  4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran.
  5. Bimbing pembelajaran pelajar.
  6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
  7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
  8. Taksir pencapaian pelajar.
  9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.
Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media.

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Model ASSURE
Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.
  1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)
  2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
  3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
  4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
  5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
  6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
1. Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
  1. Ciri-ciri umum pelajar.
  2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
  3. Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
  1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
  2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
  3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
  4. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah
  • melakar
  • menamakan
  • meramal
  • membaca
  • menjawab
  • melukis
  • menilai
  • melabel
  • menjelas

Situasi dan Syarat Perlakuan
Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran


Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat
  • melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
  • Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.
3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
  • Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
  • Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
  • Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.
  • Adakah bahan ini menepati kurikulum?
  • Adakah isipelajaran menepati kurikulum?
  • Adakah laras bahasanya jelas?
  • Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
  • Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
  • Adakah bahan ini berkualiti?
  • Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
  • Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
  • Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran.
  • Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
  • Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
  • Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.